BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Mari memanjangkan Silaturahim

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Kwn2 mri kite truskan usaha kite utk gantung tali kat orng laen(silaturahim). Teruskan memanjangkan tali silaturrahim.

Tuesday, March 1, 2011

Hijrah

Assalamua'ailkum 
Salam sejahtera

Hari ini ana ingin cerita tentang `Hijrah'.



Tidak berapa lama lagi, insya Allah kita semua akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Bagi kita umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak menyambut ketibaan tahun baru Islam ini dengan penghayatan kisah Hijrah Rasulullah saw. Alangkah ruginya jika kita lebih mengagungkan ketibaan tahun baru Masehi 2011 daripada tahun Islam kita sendiri. Jika bukan kita umat Islam yang mengimarahkan tahun Islam ini, maka SIAPA LAGI ??
Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH ?
Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:
1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)
2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)
3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.
Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"
Apakah HIJRAH masih berlaku pada kita umat Islam masa kini ??
YA ! PASTI ! Sesungguhnya terdapat lebih dari 30 firman Allah yang menceritakan perihal perkara Hijrah, tentang tujuan dan ganjaran bagi perbuatan hijrah tersebut. Bagi maksud pertama dan kedua di atas, proses Hijrah sudah pasti terus berlaku dan wajib bagi kita umat Islam sepanjang masa. Bagi maksud Hijrah yang ketiga, hijrah akan menjadi wajib apabila keadaan memaksa atau memerlukan kita berbuat demikian.
Banyak ayat2 Hijrah yang berpasangan dengan perkataan JIHAD menunjukkan betapa kuatnya perkaitan antara kedua perkara Hijrah dan Jihad ini dalam amalan kita sebagai hamba Allah yang beriman.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berHIJRAH dan berJIHAD di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (AL Baqarah : 218)
Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah : 20)
Dua ayat di atas daripada berpuluh ayat-ayat Hijrah yang lain sudah cukup membuktikan bahawa proses HIJRAH ini masih akan terus berlaku hingga akhir zaman dan sudah tentu menjadi kewajipan bagi kita umat Islam.
Bagaimanapun bagi para pejuang agama Allah (Islam) dalam membela agama dan syariat Islam serta orang2 Islam, maka firman Allah dibawah adalah janji dan motivasi yang Allah sampaikan secara langusng kepada kita melalui kekasihnya Rasulullah saw:
Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah (dalam membela agama Allah) sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik-baik kepada mereka di dunia dan sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Allah saja mereka bertawakal. (An Nahl : 41-42)
Akan tetapi ada juga orang yang mengatakan bahawa proses Hijrah ini sudah berakhir di zaman Rasulullah saw dan tidak berlaku lagi seperti Hadis dibawah:
"Tidak ada Hijrah lagi sesudah FATH (pembukaan) kota Mekah, tetapi hanya jihad dan niat"
Secara ringkas, hadis ini bermaksud sesudah terbuka atau jatuhnya kota Mekah pada kekuasaan Rasulullah saw dan para Sahabat, maka tidak ada lagi hijrah bagi kaum muslimin tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk mempertahan dan membela agama Islam.
Begini penjelasannya yang sebenar :
Hadis ini bermaksud bahawa Hijrah dari Mekah ke Madinah untuk peribadi Rasulullah saw dan para sahabatnya sudah selesai kerana apa yg telah terjadi itu sudah pasti tidak dapat diulangi mereka lagi. Begitu juga dengan Hijrah sebahagian Sahabat ke Habsyah sebanyak 2 kali sebelum Hijrah besar ke Madinah.
Sesudah futuhnya (pembukaan) kota Mekah di tangan kaum muslimin maka tidak ada lagi Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Keterangan ini dapat diperjelaskan dan diperkuatkan dengan perkara2 berikut:
a. Firman Allah mengenai Hijrah yang lebih daripada 30 ayat di dalam Al Quran dan tidak ada satu pun antara ayat2 tersebut yang memberitahu bahawa perintah Hijrah itu telah dihapuskan hukumnya. Maka, perintah Hijrah ini tetap terus berlaku dan menjadi syarat kedua selepas beriman sebelum proses Jihad berlaku bagi setiap individu Muslim.
b. Hadis-hadis Rasulullah saw yang antaranya:
"Tidak berputus HIJRAH sehingga berputuslah TAUBAT." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An Nasai dari Muawiyah r.a.)
"Tidak berputus HIJRAH selama orang-orang kafir diperangi." (Riwayat An Nasai dari Abdullah bin As Sa'dy)
c. Sehingga hari ini belum ada seorangpun ulama' Islam yang muktabar dan adil dari kalangan ahli tafsir dan ahli hadis yang menyatakan bahawa ayat Hijrah itu telah atau terhapus hukumnya .
Sesungguhnya peristiwa besar HIJRAH Rasulullah saw dan para Muhajirin adalah satu titik permulaan yang menyebabkan agama Islam tumbuh subur di seluruh pelusuk dunia. Maka sudah pasti dan seharusnya, kita para umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya mengambil pimpinan HIJRAH Rasulullah saw sebagai tauladan kepada kita dan selanjutnya terus menghidupkan amalan HIJRAH di dalam hati dan amalan kita dengan penuh ikhlas.
Jadi adakah kita sudah bersedia untuk melakukan proses Hijrah diri kita kepada perkara yg dirahmati Allah? Jika belum, BILA LAGI? Adakah kita pasti bahawa MAUT masih jauh lagi? Atau, hanya esok hari atau beberapa jam lagi?
Mudah-mudahan MAAL HIJRAH 1432 ini menjadi ingatan dan tauladan serta diterapkan kepada amalan kita sehari-hari terutama pada diri saya sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan nikmat dunia yg hanya mainan.


Monday, February 21, 2011

Ana minta maaf tidak menghadirkan diri selama beberape bulan....

Assalamua'alaikum
Selamat sejahtera

Di sini ana ingin minta maaf kerana tidak menghadirkan diri
selama beberapa bulan...di sini ana ingin mengucapkan 'Selamat Maulidur Rasul'
Ana juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Sampai disini sahaja ana ingin bercerita.

Assalamua'alaikum
Selamat sejahtera

Tuesday, December 28, 2010

Sesejuk Maaf Di Kalbu

Assalamua'alaikum Saudara
Salam Sejahtera Saudara

Hari ini saya mahu beritahu sebuah novel yang bertajuk


 Persahabatan mereka bermula sejak di tadika. Mereka yang masih baru mengenal kehidupan berdikari saling bertegur sapa pada hari pertama persekolahan mereka. Dimulakan dengan soalan keramat Azli yang bertanya, "Awak siapa?" Dan kemudian dijawab Amirul, "Kita Mirul". Dan soalan yang sama ditujukan pada Shukri pula dan jawabnya, "Mama kita panggil kita Uri". Di meja makan tadika itulah mereka memulakan perkenalan dan dari situ kisah mereka bermula. Seperti kanak-kanak lain, mereka gemar bertukar-tukar cerita dan salah satunya mengenai keluarga. Apabila Fazli dan Amirul tanya Shukri tentang ke mana perginya ayahnya, Shukri selalu menjawab tak tahu. Ayahnya tak balik lagi. Dan setiap kali balik sekolah, soalan itu pasti diulang-ulang tanya pada mamanya. Atas desakan soalan-soalan yang sama, mamanya 'ter'jawab bahawa ayahnya telah mati. Namun, mamanya menangis dengan kata-kata itu. Tapi itu je jawapan terbaik yang dapat mamanya bagi untuk kanak-kanak yang masih mentah seperti Shukri. Hakikatnya, ayah dan mamanya telah bercerai dan ayahnya bersikap lepas tangan dan langsung tidak ambil tahu tentang anak-anak. Bukan setakat nafkah tapi jenguk anak-anak pun tidak pernah menyebabkan Shukri membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.


Di sebuah kondo, Amirul melalui kisah sedih hidupnya. Ayahnya garang dan selalu memarahi dan memukul ibunya, Puan Natrah. Ayahnya selalu cakap, "aku cerai baru tahu" pada ibunya. Ibunya yang sudah ada sejarah sakit mental kembali tertekan disebabkan selalu dimarahi dan dipukul. Namun Amirul agak matang dan mula mengerti keadaan hidupnya dalam usia semuda itu. Pada suatu malam ketika ibunya yang sedang meracau dan mengilai dalam bilik air, Amirul berjaga dan melayan adik kecilnya, Laili bermain. Dari situ, Amirul mula meletakkan ini dalam fikirannya, "Ayah jahat". Ayahnya jahat yang selalu marah-marah pada ibunya. Ayahnya jahat sehingga menyebabkan ibunya sakit. Ayahnya jahat kerana menyebabkan dia, kakak dan adiknya hidup tanpa kasih sayang ayah dan ibu. Kemudiannya ibunya dihantar ke hospital sakit mental dan ayahnya berkahwin lain. Pada mulanya, mereka dijaga oleh nenek sebelah ibunya namun kemudiannya terpaksa tinggal bertiga sahaja kerana neneknya sudah tua dan uzur. Kakaknya terpaksa menamatkan pengajian sehingga peringkat SPM sahaja dan kemudian bekerja di Mydin. Namun desakan hidup menyebabkan dia terjerumus ke lembah hina dengan menjadi pelacur demi mendapatkan wang untuk membesarkan adik-adiknya.
Di sebuah kediaman mewah, dalam keadaan yang kaya raya, ada satu jiwa kecil yang merasa kesunyian. Itulah Fazli. Anak tunggal kepada Dr Halim, seorang pakar motivasi terkenal dan ibunya Dato' Salmiah, seorang aktivis NGO sebuah pertubuhan amal. Kedua-duanya sibuk memanjang dan jarang berada di rumah. Kegembiraan Fazli adalah ketika berada bersama-sama Shukri dan Amirul di sekolah. Namun seperti kanak-kanak lain, Fazli juga mendambakan kasih sayang ayah dan ibu. Dia juga ingin bercerita tentang kawan-kawan kepada ayah dan ibunya.

Berakhirnya zaman tadika, mereka bertiga ke sekolah rendah yang sama. Masih berkongsi kisah dan cita-cita bersama sampaikan cikgu-cikgu juga tahu keakraban mereka bertiga. Namun, penipuan ibunya tentang kematian ayahnya membuatkan Shukri kecewa. Dalam usia mentah, di peringkat sekolah rendah, di jatuh sakit kerana terlalu kecewa dengan ayahnya. Dia sangat sedih dengan sikap ayahnya yang tinggalkan dia, ibu dan adik-adiknya. Dia ingin seperti kanak-kanak yang lain yang mempunyai ayah. Kerana jatuh sakit, Shukri tidak ke sekolah dalam tempoh yang panjang
Sampaikan ibunya terpaksa bawa Shukri jumpa doktor, Dr Farhan Hadi.
Pada suatu hari, Amirul dan Fazli yang rindukan sahabat mereka ke rumah Shukri.


"Uri, tak best la awak tak ada," kata Amirul. Dia menghadiahkan sehelai sapu tangan kepada Shukri. Fazli turut menerima sapu tangan itu.

"Ini untuk apa?" tanya Shukri.

"Tak ada apa. Cuma tanda persahabatan. Inikan tahun terakhir kita bersekolah rendah." Jawab Amirul. Mereka bakal menduduki UPSR.


Namun kerana janji pada mamanya, Shukri kembali bersemangat belajar untuk UPSR. Mereka belajar bersungguh-sungguh. Namun Amirul dan Fazli agak sedikit malas dan akirnya ketika keputusan UPSR diumumkan, Shukri berjaya mendapat 5A. Manakala Amirul berjaya mendapat 2A 3B dan Fazli dengan 3A 2B. Kerana itu, Fazli dan Amirul tidak berjaya melayakkan diri ke mana-mana sekolah yang terbaik, hanya ke sekolah biasa. Tidak seperti Shukri yang berjaya menempatkan diri ke sebuah sekolah berasrama penuh. Namun di sekolah itu, Shukri yang agak 'skema' tidak punya ramai teman. Dia tetap merindui Amirul dan Fazli yang lebih memahami dirinya. Dia juga sering menjadi mangsa buli senior. Kerana terdesak tiada wang untuk membeli nasi lemak yang dipesan oleh senior (dibuli), Shukri mula belajar mencuri demi menyelamatkan diri daripada dipukul oleh senior tersebut. Dirinya juga kembali menjadi sensitif dengan isu ayahnya. Keadaannya yang tidak dipedulikan oleh seorang ayah menyebabkan dia tertekan dan balik ke rumah pada suatu hari. Dan meminta mamanya tukarkan dia ke sekolah lain. Pada mulanya mamanya marah namun setelah Shukri ceritakan kesnya dibuli, dia ditukarkan ke sebuah sekolah agama swasta dan berkenalan dengan sahabat yang baik, Suhaimi. Shukri pula semakin renggang dengan Amirul dan Fazli kerana mengikut pesan mamanya yang tidak mahu dia berkawan dengan mereka berdua yang dah masuk kategori 'budak-budak nakal'.

Amirul dan Fazli pula walaupun berlainan kelas tapi mereka tetap 'sekepala'. Walaupun Amirul masih tak faham apakah pekerjaan kakaknya yang selalu keluar dengan pakaian seksi, dan diambil oleh lelaki berlainan, dia seakan dapat menghidu sesuatu yang tidak elok. Namun, kakaknya yang 'berkorban' demi adik-adik sentiasa bagi duit yang banyak pada dia dan adiknya. Duit itu digunakan Amirul untuk merayau-rayau dengan motorsikal yang dibeli kakaknya bersama Fazli. Mulanya melepak dan berborak di sebuah wakaf tempat biasa mereka berdua kemudian beralih ke taman bunga. Puas mengorat dan bersiul-siul menyakat anak dara orang di taman bunga, mereka ke kedai makan. Pesan makanan kegemaran mereka dan makan apa yang mereka nak je. Selebihnya ditinggal. Sebelum balik, sempat lagi membeli rokok dan hari itu mereka mula belajar merokok. Mereka berdua juga semakin liar di sekolah. Banyak melakukan kesalahan disiplin. Dan akhirnya mereka tertangkap. Ibu bapa Fazli dipanggil dan kakak Amirul juga turut dipanggil. Kesalahan mereka tidak dapat dimaafkan dan kedua-duanya dibuang sekolah. Nasib menyebelahi Fazli kerana perbuatannya itu menyedarkan Dr Halim dan Dato' Salmiah akan kecuaian mereka dalam mendidik Fazli sebelum ini. Kedua-duanya insaf dan berusaha memberi sepenuh perhatian pada Fazli. Dihantar ke sebuah sekolah swasta dan makin diawasi oleh ibu bapanya menyebabkan Fazli pula semakin menjauhi Amirul. Gugur air mata Amirul apabila menerima satu mesej dari Fazli yang mengatakan, 'Mirul, mak ayah aku tak bagi jumpa kau lagi. Aku dah janji nak berubah. Kau jangan cari aku lagi ye.' Amirul kini sendiri mengorak langkah hidup tanpa teman bicara.

Amirul melepaskan tekanannya yang tidak berteman dengan merokok di wakaf tempat biasa dia dan Fazli melepak. Ada kalanya, Fazli atau Shukri akan lalu di depan wakaf tersebut namun kedua-duanya memalingkan muka dan tidak menegurnya langsung. Pilu hatinya yang kesunyian. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menyergahnya dan mengajak Amirul join gengnya. Amirul hanya menurut. Dan akhirnya terlibat dengan Geng 7, geng yang banyak melakukan jenayah besar, merompak, seluk saku, menyamun, mencuri motorsikal dan sebagainya. Mereka licik untuk lari namun setinggi-tinggi tupai melompat jatuh juga ke tanah. Dalam satu cubaan mencuri motorsikal, Amirul tak sempat melompat ke motorsikal teman gengnya untuk lari apabila kegiatan mereka disedari seseorang. Akhirnya dia tertangkap dan dimasukkan ke sekolah juvana. Dua tahun dia berada di situ. SPM juga diambil dalam sekolah juvana itu. Pada tahun pertama dia kerap menerima surat dari kakaknya namun tidak untuk tahun kedua. Setelah keluar dari situ, Amirul ke rumah mereka. Namun terkejut rupanya kakak dan adiknya tiada lagi di situ. Dalam kebuntuan tiada arah, Amirul ke rumah Fazli. Walaupun dalam keadaan serba salah kerana mungkin sahaja Fazli tidak mahu menerima bekas banduan sepertinya, namun tidak bagi Fazli, sahabatnya itu dipeluk dengan penuh kerinduan. Sebenarnya Fazli dan Shukri tahu rentetan kisah sedih Amirul dan mereka menyesal kerana meninggalkan Amirul terkapai-kapai sendiri tapi pada masa itu, mereka juga lemah dan terpaksa mengikut kata ibu bapa. Setelah ditanya, tahulah Amirul bahawa kakaknya telah dihantar ke Rumah Pengasih setelah tembelangnya pecah manakala adiknya dihantar ke Rumah Bakti, rumah kebajikan. Amirul sedih dan kecewa. Membawa diri ke wakaf tempat biasanya.

Tanpa disangka rupanya, Geng 7 sentiasa tunggu Amirul keluar dari tahanan. Amirul yang tiada arah tujuan kembali aktif dalam Geng 7 itu. Kegiatan mereka makin berleluasa. makin dikehendaki polis. Amirul juga makin 'mahir' dalam kerja-kerja jenayah itu. Dalam Amirul melalui zaman kegelapan hidupnya itu, Shukri telah pun berjaya menjadi seorang doktor manakala Fazli telah berjaya menjadi seorang pendidik dan juga berkahwin dengan seorang pendidik. Namun kedua-duanya masih mnegikut perkembangan Amirul yang sering keluar berita tentang Geng 7. Mereka berdua selalu berdua agar Amirul kembali ke pangkal jalan. Amirul pula, sejahat-jahat dia, dia tidak merosakkan anak gadis orang sesuka hati. Dia berkahwin dengan seorang perempuan yang juga bernasib malang. Walaupun dia berniat untuk mengumpul duit dan tinggalkan Geng 7 dan cari kakak dan adiknya, semuanya tidak semudah itu. Dia terus bergelumang dengan kerja-kerja jenayahnya, dan mereka makin diburu polis. Dalam cubaan melarikan diri, mereka berjaya ditumpaskan pihak berkuasa. Ada antara gengnya terbunuh ditembak polis, tapi Amirul koma, isterinya yang sedang sarat juga selamat. Mereka ditahan. Dan Amirul menerima hukuman gantung kerana sememangnya dia penjenayah yang paling dikehendaki.

Dalam penjara, Amirul bertaubat dan kembali kepada Yang Maha Esa. Dia masih teringat pada kedua-dua sahabatnya, Shukri dan Fazli. Dan Fazli yang sememangnya lebih rapat dengan Amirul selalu datang melawat dan memberi perangsang supaya terus bertaubat kepada Allah. Sebelum Amirul dihantar ke sel terakhir, Shukri sempat mencari peluang melawat Amirul. Shukri menangis kerana dia sedih kerana gagal melaksanakan hak bersahabat kepada Amirul. Namun apa kata Amirul dalam sebak,
" Uri, kenapa kau menangis? Kau sepatutnya menangis ketika aku sesat dulu. Kini, kau sepatutnya gembira sebab aku dah kembali bertaubat. Hanya taubat yang boleh membahagiakan kita. Uri, jangan nangis lagi. Berbuallah dengan aku. Aku dah tak lama lagi, Uri. Esok atau lusa aku akan dihantar ke sel terakhir."



Setelah habis masa untuk berjumpa dan diarah keluar oleh warden penjara, Shukri menyapu air matanya dengan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amirul suatu masa dulu. (saat ni, saya yang terpaksa cari sapu tangan untuk sapu air mata, sedihnya).

Pada hari hukuman, Amirul dibawa ke bilik pertemuan terakhir untuk berjumpa dengan mereka buat kali terakhir. Wajahnya kelihatan tenang walaupun dengan tangan dan kaki yang bergari. Fazli yang telah tiba lebih awal sempat berjumpa dan memberi nasihat yang terakhir pada Amirul. Isteri dan anak Amirul juga ada di situ. Amirul memohon maaf pada mereka semua. Anaknya yang tidak mengerti akan maksud semua itu hanya mampu menyebur 'Ayah!'. Kerana kelewatan Shukri terkocoh-kocoh datang dan memanggil, "Mirul! Mirul!". Namun kerana telah tiba masanya, warden tegas dan menarik tangan Amirul. Fazli dan Shukri terduduk dan mereka mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan berdoa sehinggalah datang warden yang mengajak mereka untuk melihat mayat sahabat mereka. Wajah Amirul kelihatan tenang meski di lehernya terdapat kesan jerutan dan kelihatan lembik akibat terjerut. Shukri dan Fazli lah yang menguruskan urusan pengebumian.

Sungguh hebat Amirul yang sudah lama tidaksolat mampu solat dalam penjara.
Walaupun dalam hukuman tetapi masih tenang.

Assalamua'alaikum
Salam Sejahtera Saudara



Tuesday, December 21, 2010

7 Amalan Sunnah Rasulullah

Assalamua'alaikum saudara
Salam sejahtera saudara

Hari ini ana mahu cerita tentang `7 Amalan Sunnah Rasulullah'.
7 Amalan Sunnah Rasulullah adalah perkara yang perlu dibuat kerna ia digalakkan.
Walaupun hukumnya sunat tetapi ia digalakkan untuk melaksanakannya.

7 Amalan Rasulullah:

1) Sholat Tahajjud - Sewaktu itu kita sudah tidur , pada pertengahan malam kita terbangun...
Sewaktu itulah kita Sholat Tahajjud.

2)Baca Al-Quran - Waktu Maghrib , Isyak , Subuh , Zohor dan Asar.
Kalau mahu lebih baik sewaktu Maghrib , Isyak dan Subuh.

3)Hadirkan diri kepada rumah Allah - Setiap waktu harus pergi.
Satu waktu hadir ke rumah Allah kira 'ok'.

4) Sholat Dhuha - Sholat Dhuha apabila pagi.Tanda kesyukuran kita.

5) Sentiasa bersedekah setiap hari - Senyuman juga sedekah , kata - kata manisjuga sedekah , menolong angakat barang juga sedekah dan sebagainya.

6)Sentiasa dalam keadaan Wudhu'/suci - Selepas bangun ketika Subuh ambil wudhu'/suci apabila batal 
ambil Wudhu'.

7)Istighfar dan dzikir setiap saat




Terima Kasih 
Salam
                                                                                                                                               ana-muslim01
                                                                                                                                                            4:54

Sunday, December 19, 2010

Menolong Ibubapa lebih bagus daripada main laptop

Assalamua'alaikum Saudara
Salam sejahtera keatas saudara

Hari ini sungguh indah daripada semalam,
Hari ini sungguh baik daripada semalam,
Hari ini ana bersyukur kerana dapat merasai 
kegembiraan daripada hari semalam.


Jika mahu tahu mengapa ana ceritakan tentang menolong 
ibubapa lebih baik daripada main laptop , dengarlah cerita daripada ana.


Pada suatu hari yang indah.....ana duduk berseorangan...
tiba - tiba ana terdengar suara yang mengejutkan ana...
suara ayah ana...ayah ana kata mahu pergi indonesia(ayah ana sahaja pergi)...
ana terasa bagaimana nanti ayah ana????
ana terfikir sejenak.....
'bagaimana nanti ayah ana mahu duduk di sana????
selamatkah???' dan banyak lagi soalan yang ana tanya pada diri ana...


Hari sudah siang,
matahari mula terbit,
masanya untuk bersarapan,
perut manusia mula kenyang.
Hari yang dinanti - nantikan ayah sudah tiba...
Pada pagi yang sungguh indah kami sudah bertolak dari rumah , pergi KLIA...
tiba di sana tengahari.....sampai sahaja ana bersalaman dengan ayah.....
tiba masanya untuk berpisah dengan ayah buat sementara.......
apabila ibu ana membawa kereta ibu ana terus membawa kereta 
secara perlahan dan terus laju menekan minyak meninggalkan KLIA kami adik - beradik
terus lambai sahutan lambaian ayah.Tiba - tiba ana rasa bagai tidak sedap hati...
ana rasa air mata ana sudah jatuh ke bumi , tetapi ana tahan...


bagaikan air didalam baldi sudah penuh dan jatuh ke lantai.


Sebab itu lah ana cerita tentang menolong ibubapa lebih bagus daripada main laptop.

Hari ini ana menolong ibu kerna ibu membuat 
kerja dengan susah - payah menolong kita.
Tetapi , kita tidak bersimpati terhadap ibu
kita yang menolong kita , yang menghidupkan kita ,
jika ibu kita tidak ada sudah lama kita tidak ada disini.
ana menolong ibu kerna ana bersimpati kepada
ibu ana.

ana mahu tanya :

Apakah gunanya ibu kita????? 

Apakah kelebihan ibu kita??????

Kalau tidak ada ibu apa jadi dekat kita???


Kamu sedih jika ibu kamu tidak ada??????

Hari ini saya menolong ayah ana membasuh kereta 
bersama - sama dengan kakak ana.
ana mahu tanya sedikit :

Apakah gunanya ayah kita????

Kalau tidak ada ayah apa yang jadi kepada kita????


Kamu sedih jika ayah kamu tidak ada?????





Ingat pesanan saya:
Kita mestilah menolong ibubapa kita tidak kira ibubapa 
kita buat apa dekat kita tetapi ibubapa kita tetap ibubapa kita.

                                                                                                                               

Friday, December 17, 2010

Great MINDs think ALIKE: Pergaulan Dalam Islam.


Harap - harap saudara dapat sebarkan kepada saudara kita yang lain.
Terima Kasih 
Salam

Wednesday, December 15, 2010

Cuma Berkarya

Assalamua'alaikum
Salam sejahtera kepada pembaca blog ana.....

Ana cuma mahu berkarya saja pada' part' ini.


Ana nak tanya korang dengan kawan baik tak????
Ana ________________kawan ana.
Jika dengan keluarga??????
Ana_______________keluarga ana.
Kenapa tidak berbaik dengan kawan ( yang tidak kawan dengan saudaranye)????
Sebab dia_______________.
Kenapa tidak berminta maaf dengan dia jika bergaduh?????

Kenapa tidak tolong ayah mak kemas rumah??????
Sebab___________.
Kenapa malas????
Bukankah jika menolong ibubapa mendapah pahala(jika ikhlas)??????


Ana mahu pesan: Sesungguhnye Allah telah berfirman
"Dan hendaklah kamu bertolong - tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
(Al-Maa'idah:2)

Sampai disini sahaja ana berkarya....

Terima Kasih Kerana Membaca
Assalamua'alaikum

Saudara SeIslam